Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Sayangi Malaysiaku. Aku dari ambilan Jun 2018 telah mendaftarkan diri menjadi guru pelatih di IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Guru merupakan profesion yang semakin diminati oleh lepasan-lepasan SPM terutamanya kaum Cina. Dulu, pekerjaan guru kurang diminati oleh kaum Cina kerana mereka menganggapkan pekerjaan ini tidak memberi pulangan yang tinggi. Aku lebih dikenali ramai dengan panggilan Shark. Nama panggilan memudahkan masyarakat mengenali kita. Nama panggilan perlu diterima dengan penuh kerelaan tanpa ada paksaan. Aku telah ditempatkan di kelas Pendidikan Jasmani 3. Pendidikan Jasmani mengajar tentang aku lebih dalam terhadap aktiviti fizikal seharian. Ramai kenalan yang dapat semasa menjadi guru pelatih. Rakan yang baik banyak memantu kita ketika menyiapkan tugasan. Oleh itu, kita seharusnya memilih rakan dengan betul supaya tidak terpesong atau terpengaruh dengan sikap negatif mereka. Pada mulanya, semua bersikap segan silu antara satu sama lain sehingga masuk bulan yang seterusnya hubungan kami menjadi sangat akrab. Aku berharap profesion guru ini merupakan perkara yang terbaik dalam kehidupan aku...Insyaallah... Inilah kenangan yang dirasai semasa menjadi guru pelatih Sem 1 PPISMP PJ3.
Clasmates

 Family PJ

 Open House

 Open House

Pertandingan Futsal Peringkat IPTI



Itulah diantara serba sedikit nilai yang dapat dipupuk apabila kita berada di IPG..Jadi, kepada adik-adik lepasan SPM yang berminat hendak menjadi guru bolehlah memohon untuk sambung belajar di IPG..
Setakat ini sahaja coretan yang dapat saya kongsikan pada petang ini.

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Comments